[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

NOTIS SEGERA!!!!

Date: 11 Sep 1999
Time: 19:18:36
Remote User: -

Comments

NOTIS SEGERA!!!! Reformasi Sabtu: 6 Orang Ditahan Polis

Sepanjang perhimpunan reformasi pada hari semalam, Sabtu 11 September 1999, kami mendapat maklumat bahawa sudah 6 orang ditahan polis. Tiga berada di Balai Polis Tun H S Lee dan tiga lagi ditahan dari dalam kereta di sekitar Hospital UKM, Cheras. Nama-nama yang ditahan seperti berikut:

Ikmal Hashim (sudah dimaklumkan kepada keluarga) Azhar Yaakob (belum dimaklumkan) Sivapazan (belum dimaklumkan)

Sementara itu, 2 lelaki dan seorang perempuan yang menaiki kereta Proton Wira berwarna biru nombor plat WFA 4805 juga belum dikenal pasti lagi. Tetapi menurut sumber penyokong reformasi, mereka bertiga ditahan di sekitar HUKM dalam siri bantahan semalam. Kemungkinan mereka ditahan di Balai Polis Cheras.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mereka, sila hubungi ahli-ahli keluarga mereka ATAU rakan-rakan mereka agar pergi melawat mereka dan juga hadir ke mahkamah majistret pada Isnin depan (jika belum dibebaskan).

Jika anda mengetahui tentang nama-nama di atas, tetapi tidak mengetahui keluarga mereka atau rakan-rakan mereka, sila hubungi:

SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di telefon:

03-749 3525 atau 03-791 6251

Faksmili: 03-794 3526 (Koordinator: Elizabeth Wong)

Atau pun, hubungi saya Fathi Aris Omar di wanparis@yahoo.com

DENGAN KADAR YANG SEGERA.

Maklumat dikumpul setakat 12:30 tengah malam tadi


Last changed: September 11, 1999