[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Tak main tapi sokong kuat

Date: 12 Sep 1999
Time: 23:00:13
Remote User: -

Comments

Ulasan

Si Kepala Taik takmain golf tapi sokong golf kepda gulungan pemimpin atasan dan pegawai atasan perkhidmatan awam. Nampaknya Si Kepala taiksendiri galakkan kakitangan awam main golf waktu pejabat.

Seperkara lagi artis juga digunakan untuk tarik pengunjung dengar cakap Si Kepala Taik.

============================================================================================================================== PERDANA MENTERI AKAN RASMI KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan Kelab Golf Perkhidmatan Awam berharga RM20 juta di Bukit Kiara di sini Ahad depan.

Pembukaan rasmi itu akan diadakan sempena Hari Keluarga Perkhidmatan Awam di kelab berkenaan yang dijangka dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Datuk Dr Abdullah Tahir berkata kelab seluas 270 hektar yang dibuka untuk kejohanan pada tahun 1992 itu, mempunyai 27 lubang dan dianggap sebagai salah satu daripada padang golf yang paling mencabar di negara ini.

"Kerajaan meluluskan geran RM10 juta dan pinjaman RM10 juta yang perlu dibayar balik. Ini adalah padang golf asas dan kami merancang meningkatkan kemudahannya," katanya pada sidang media di kelab itu hari ini.

Dr Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan berkata antara kemudahan yang disediakan di kelab itu ialah lapangan permainan, gimnasium, gelanggang skuasi dan bilik-bilik mesyuarat yang jugadibuka kepada orang ramai.

"Padang golf ini adalah kebangaan kakitangan awam. Adalah terlalu mahal untuk mereka bermain di padang golf lain," katanya.

Lapan belas lubang pertama, berharga RM6.8 juta siap pada tahun 1991 manakala sembilan lubang lagi dibangunkan pada kos RM3.74 juta tiga tahun lepas.

Dr Abdullah berkata kelab itu kini mempunyai kira-kira 2,000 ahli, membabitkan pegawai dan kakitangan awam serta orang ramai dengan yuran keahlian RM5,000, kadar paling rendah di Lembah Klang.

Sempena majlis pembukaan, kejohanan golf antara kelab dan Dewan Perniagaan Malaysia akan berlangsung pada hari Sabtu bagi merebut Trofi Perdana Menteri.

Mengenai Hari Keluarga, Dr Abdullah berkata acara itu merupakan gabungan pertama semua kementerian dan jabatan kerajaan yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang disediakan berbanding sambutan berasingan oleh setiap kementerian sebelum ini.

Menurutnya penganjur telah menyiapkan pelbagai acara sempena hari itu termasuk sukaneka, payung terjun, pertunjukan silap mata, gerai-gerai makanan dan pertunjukan pentas oleh Ella. -- BERNAMA


Last changed: September 12, 1999