[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Keng Yaik kekal kroninya pula

Date: 12 Sep 1999
Time: 23:02:14
Remote User: -

Comments

Ulasan

Ini satu bukti Keng Yaik kekalkan kroninya. Dia kata kalau Si Kepala Taik boleh buat mengapa tidak beliau.

==============================================================================================================================

GERAKAN BERI KEUTAMAAN KEPADA PENYANDANG WAKILI PARTI

JOHOR BAHARU, 12 Sept (Bernama) -- Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PRGM), Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini berkata, penyandang dari parti itu akan diberikan keutamaan sebagai calon Gerakan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) masih belum menimbang nama-nama calon yang sesuai untuk mewakili parti itu.

"Soal calon (untuk pilihan raya), ia terlalu awal untuk diputuskan ...seperti biasa para penyandang akan diberi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pilihan raya anjuran parti Gerakan Johor di Wisma Gerakan Taman Jaya, dekat sini, hari ini.

Semua cawangan dan bahagian telahpun diminta mengemukaan nama-nama yang difikirkan layak untuk mewakili kerusi parti pada pilihan raya umum akan datang, katanya.

Menurut beliau, buat masa ini, parti itu akan menumpukan kepada penerangan mengenai isu-isu semasa terhadap anggota-anggota parti di peringkat akar umbi.

Di Johor, Gerakan memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan iaitu di Kulai dan Skudai, pada pilihanraya yang lalu.

"Apa yang penting ketika ini ialah memastikan perpaduan di kalangan semua anggota parti bagi memastikan Gerakan dapat mempertahankan kerusinya dan kemenangan Barisan Nasional," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Gerakan Johor, turut meminta upaya anggota-anggota parti menolak isu-isu yang dimainkan oleh parti embangkang yang bertujuan untuk memecahkan-belahkan BN. -- BERNAMA


Last changed: September 12, 1999