[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Tapa ikut perintah

Date: 12 Sep 1999
Time: 23:05:29
Remote User: -

Comments

MT UMNO DIARAH AWASI PERSEDIAAN PILIHAN RAYA DI SELURUH NEGARA

JELI, 12 Sept (Bernama) -- Semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno diarahkan untuk melawat kawasan pilihan raya yang diletakkan di bawah tanggungjawab masing-masing bagi memastikan persiapan dan jentera pilihan raya berjalan lancar.

Anggota MT Umno, Datuk Mustapa Mohamed, hari ini berkata arahan itu dibuat pada mesyuarat MT lepas bagi memastikan setiap bahagian Umno dan anggotanya dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan nanti.

"MT membuat keputusan bahawa setiap kami anggota MT dikehendaki melawat bahagian tertentu bagi memastikan persiapan piliharaya raya berjalan baik," katanya di sini.

Mustapa, yang juga Ketua Umno bahagian Jeli, berkata Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan Datuk Shafie Afdal telah diarahkan untuk melawat parlimen Jeli yang diletakkan di bawah pengawasannya.

"Kita (Umno Jeli) sudah pun menyiapkan kerja-kerja bermula di bilik gerakan, jumlah pengundi luar termasuk sistem pengangkutan pengundi luar bagi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Menurutnya beliau juga akan melawat lima kawasan Umno di Sabah yang di bawah pengawasannya bagi memastikan persediaan berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.

Ulasan

Si Tapa menegaskan bahawa jentera BN masih tidak kukuh. Dan Si Kepala Taikjuga tak boleh umum tarikh pilihanraya.

Si Tapa kenalah ikut arahan Si Kepala Taik sebab dia yang mengikut perintah.

==============================================================================================================================

Mengenai persediaan Umno Kelantan, Mustapa berharap semua 300,000 anggota Umno di negeri itu mematuhi arahan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh hamzah supaya mereka bersatu padu.

"Jika semua anggota bersatu padu, Umno Kelantan tidak akan menghadapi masalah untuk menang," katanya. -- BERNAMA


Last changed: September 12, 1999