[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ling tak da modal baru

Date: 12 Sep 1999
Time: 23:08:33
Remote User: -

Comments

Ulasan

Yang Dr Ling sibuk sangat komen pasalPAS mengapa? Tentunya dia tahu PAS makin kukuh. Begitu juga parti-parti alternatif yang lain.

BN gusar dan Si Kepala Taik tak yakin nak umum tarikh pilihanraya.

==============================================================================================================================

DR LING DAKWA PAS SEMAKIN HILANG TARING

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik hari ini berkata rancangan PAS meletakkan calon Cina bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan parti pembangkang itu kekurangan idea.

Parti pembangkang itu kini sanggup bekerjasama dengan bukan Islam pada pilihan raya akan datang dengan membenarkan penceramah Cina menggunakan parti itu untuk berucap kepada rakyat, katanya selepas menyaksikan majlis angkat sumpah jawatankuasa MCA Wilayah Persekutuan bagi sesi 1999-2001 di sini.

Katanya apabila Umno bekerjasama dengan MCA dan MIC, parti pembangkang Islam itu mengkafirkan Umno dan memanggilnya dengan pelbagai nama.

Dr Ling yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan PAS meletakkan calon Cina pada pilihan raya akan datang.

Ditanya sama ada calon Cina itu merupakan orang Islam, Dr Ling berkata: "Di sesetengah negeri seperti Perlis, PAS menggunakan Cina bulan Islam untuk bercakap kepada rakyat. Saya anggap ganjil bagaimana PAS boleh berubah dan memutar belit fakta itu.

Menurutnya ini membuktikan para pemimpin PAS sudah terdesak, kekurangan peluru, sebab dan strategi.

"Malah mereka (pemimpin PAS) telah melupakan tuduhan mereka kepada pihak lain," katanya.

Ditanya sama ada MCA merasa tidak selamat pada pilihan raya akan datang terutama di Wilayah Persekutuan kerana parti Keadilan Nasional mendakwa mereka kukuh di sana, Dr Ling berkata parti pembangkang tidak mempunyai asas.

"Ia (Keadilan) bekerjasama dengan PAS dan DAP. PAS mahu menubuhkan negara Islam yang ditentang oleh DAP manakala DAP sedang mempromosi konsep Malaysian Malaysia yang tidak diterima PAS.

Apa perlunya Keadilan...ia berdiri pada asas yang kabur," katanya. -- BERNAMA


Last changed: September 12, 1999