[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

WAN AZIZAH NAFI KEPUTUSAN UJIAN AIR KENCING ANWAR LAMBAT DIUMUM

Date: 12 Sep 1999
Time: 23:15:18
Remote User: -

Comments

WAN AZIZAH NAFI KEPUTUSAN UJIAN AIR KENCING ANWAR LAMBAT DIUMUM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan yang laporan ujian air kencing Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan keracunan arsenik lambat diumumkan.

Laporan yang dicetak komputer mengenai ujian itu diterima pada 9 Sept dan maklumat itu segera dibawa ke pengetahuan mahkamah pada 10 Sept," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Presiden Parti Keadilan Nasional itu berkata beliau telahpun menjelaskan mengenai perkara itu pada sidang media Jumaat lepas tetapi mendakwa media tempatan tidak memberikan liputan.

"Oleh itu jelas bahawa di pihak saya dan peguam-peguambela tidak pernah sekali melambatkan pengumuman keputusan ujian itu seperti didakwa oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain," katanya.

Jumaat lepas, perbicaraan kes liwat Anwar ditangguhkan selepas peguambela Karpal Singh memnberitahu mahkamah bahawa contoh air kencing Anwar yang diterima dari makmal Gribbles Pathology, Melbourne, Australia menunjukkan kandungan tinggi arsenik.

-- BERNAMA


Last changed: September 12, 1999