[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ling mahu kayakan anaknya.

Date: 12 Sep 1999
Time: 23:18:42
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dia tahu bahawa masyarakat China marah dengan Si Kepala Taik. Tuan-tuan punya bank-bank takkan tak marah? Perniagaan makin teruk. Ini semua propaganda murahan Ling. Juga untuk terus berkuasa dan mengkayakan anaknya.

==============================================================================================================================

DR MAHATHIR PERLU TERUS DIPILIH SEBAGAI PERDANA MENTERI, KATA LING

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik menggesa masyarakat Cina di negara ini terus memilih kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana kepimpinan Dr Mahathir telah terbukti berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan mengembalikan ekonomi negara yang semakin pulih, katanya pada majlis jamuan Gabungan Persatuan Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini malam ini.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional memberikan kebebasan kepada masyarakat Cina di negara ini mengamalkan budaya, bahasa, dialek dan agama dalam sebuah negara pelbagai kaum.

Wawasan 2020 ilham Dr Mahathir telah menetapkan sasaran untuk menjadikan semua rakyat di negara ini sebagai Bangsa Malaysia menjelang tahun itu nanti, katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat berusaha lebih gigih untuk memajukan negara bagi mempastikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara maju akan tercapai.

Beliau juga menggesa rakyat menjadikan keadaan huru-hara di beberapa negara jiran akibat masalah ekonomi dan politik sebagai pengajaran bagi mempastikan keadaan seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. -- BERNAMA


Last changed: September 12, 1999