[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Al Kataki persoalkan Presiden Majlis Peguam

Date: 13 Sep 1999
Time: 20:28:54
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sudahlah Al Kataki. Kamu tahu apa tentang undnag-undang. Kamu tahu menjilat dan dijilat sahaja. Kamu sendiri tidak ada pendirian dan tidak tahu apa yang benar dan apayang tidak. Siapa yang benar dan siapa yang tidak. Pada kamu Si Kepala Taik adalah tuhanmu.

==============================================================================================================================

IBRAHIM KECAM KENYATAAN PRESIDEN MAJLIS PEGUAM

PETALING JAYA, 13 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim Ali hari ini mengecam presiden Majlis Peguam R.R. Chelvarajah kerana membuat kenyataan meminta ditubuhkan Suruhanjaya Penyiasat Diraja bagi menyiasat dakwaan keracunan arsenik yang dialami Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia sesungguhnya tidak patut dilakukan, tidak bertanggungjawab dan tidak beretika Chelvarajah boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu, ketika Malaysia sedang menganjurkan persidangan undang-undang antarabangsa," kata beliau kepada Bernama di luar persidangan Undang-undang Komanwel ke-12 di sini hari ini.

Ibrahim berkata beliau telah menemui salinan kenyataan itu di tempat berlangsungnya persidangan itu yang dihadiri 1,500 peserta daripada 40 negara Komanwel.

Beliau berkata kerajaan telah dengan segera membuat siasatan apabila laporan polis dibuat oleh Anwar dan kerana itu semua pihak perlu menunggu sehingga siasatan dijalankan.

Chelvarajah yang mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk menjalankan penyiasatan segera terhadap dakwaan keracunan arsenik itu, dalam satu kenyataan juga meminta supaya ditubuhkan Suruhanjaya Penyiasat Diraja bagi mempercepatkan proses siasatan terhadap dakwaan itu.

Ibrahim mempersoalkan motif Chelvarajah membangkitkan perkara itu ketika ini.

Beliau berkata Chelvarajah sepatutnya membawa perkara penubuhan Suruhanjaya Diraja melalui saluran betul, seperti membuat permintaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang merasmikan persidangan empat hari itu, hari ini.

Ibrahim berkata beliau telah diberitahu oleh beberapa anggota eksekutif majlis itu bahawa mereka tidak membincangkan perkara ini terlebih dahulu.

Mengulas perkara yang sama, presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk M. Kayveas berkata tidak sepatutnya bagi Chelvarajah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Saya menyambut baik jika kenyataan itu dikeluarkan sebaik dakwaan mengenai keracunan arsenik itu dibuat. Jelas perkara ini tidak boleh diterima dan boleh memburukkan reputasi negara," kata beliau.

-- BERNAMA


Last changed: September 13, 1999