[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Sudah terlambat

Date: 13 Sep 1999
Time: 20:36:42
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kenyanyukan Si Kepala Taik terselar bilaman dia komplain tentang internet sedangkan dia yang benarkan dahulu walaupun para ulama dan pihak-pihak lain telah menegah beberapa tahun lalu. Ini salah dia. Nampaknya baru dia sedar.

Oleh itu jelaslah dia si tua yang nyanyuk lagi menyanyukkan rakyat.

============================================================================================================================== INTERNET SERANG NILAI ANAK-ANAK MUDA, KATA DR MAHATHIR

PETALING JAYA, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata nilai-nilai moral rakyat terutama anak muda kini diserang melalui Internet.

Katanya bahan-bahan ponografi boleh diakses melalui Internet, dipindah-terima dan diedarkan tanpa ada cara yang berkesan untuk menapis maklumat yang tidak diingini itu.

Dr Mahathir berkata sementara beberapa negara telah mencuba tanpa jayanya untuk menjadikan akses terhadap bahan-bahan itu sebagai haram, ada yang berkata masyarakat perlu membina satu set nilai-nilai yang membolehkannya bertahan daripada unsur yang melemahkan moralnya.

"Tetapi bolehkah kita benar-benar melakukannya? Kita kini membaca kanak-kanak merogol kanak-kanak lain. Remaja kini mengamalkan seks bebas dan sesetengahnya menambah keseronokan dengan melakukan keganasan terhadap mangsa mereka malah membunuh mereka," katanya semasa merasmikan persidangan Undang-undang Komanwel ke-12 di sini.

Dr Mahathir berkata apabila masyarakat menerima bahawa tiada apa yang boleh ia lakukan untuk menghalang tindakan-tindakan liar itu, maka mereka yang sebelum ini boleh mengawal nafsu, akan melihat tidak perlu lagi bagi mereka mengawalnya.

"Dan apabila ini berlaku, kejadian rogol dan bunuh akan menjadi satu kelaziman. Inilah kesannya terhadap ketidakupayaan atau ketidaksediaan masyarakat untuk menghalang pengalahgunaan teknologi maklumat.

"Ia kelihatan bahawa kita tidak boleh menyentuh hak terhadap akses bebas maklumat kerana seperti pemilikan senjata (di sesetengah negara) ini menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia," katanya.

Dr Mahathir juga berkata perjalanan dengan jet mendedahkan orang ramai terhadap nilai-nilai dan kebudayaan orang lain dan kadangkala mereka yang daripada negara kuasa besar mahu memaksakan nilai-nilai dan kebudayaan mereka kepada yang lain.

"Adakah manusia tidak lagi mempunyai hak untuk menjalani hidup dengan cara mereka sendiri? Siapa yang melindungi mereka daripada propaganda tersembunyi yang bertujuan mengubah mereka?" katanya.

Perdana Menteri berkata ia bukanlah bukti kepada kononnya tamadun modern yang bertoleransi jika cara dan nilai-nilai pemenang dipaksakan kepada yang tewas. -- BERNAMA


Last changed: September 13, 1999