[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

PDRM  dibidas

Date: 13 Sep 1999
Time: 20:38:55
Remote User: -

Comments

Kenyataan Akhbar Parti Rakyat Malaysia (PRM) Negeri Johor, melahirkan rasa kesal terhadap Ketua Polis Daerah Johor Bahru, diatas penolakan permohonan mengadakan ceramah pada 13/9/99 di Lorong Aman, Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru.

PRM berpendapat alasan-alasan yang diberi terhadap penolakan permohonan ceramah oleh pihak Polis sebagai remeh dan tidak lojik. Alasan bahawa kawasan ceranmah terlalu hampir dengan jalanraya dan tidak dapat menampung kehadiran yang dijangka 1.000 orang serta penganjur telah melanggar syarat permit sewaktu mengadakan ceramah pada 6/3/99, perlu dihurai secara jelas.

Sewaktu ceramah dikawasan yang sama pada 6/3/99, yang melibatkan kehadiran Datin Seri Dr. Wan Azizah, kawasan tersebut berupaya menampung kehadiran yang melebihi 8.000 orang. Jika pertimbangan dibuat atas alasan melanggar syarat, seharusnya pihak Polis memberi peringatan kepada penganjur sebelum mengadakan ceramah-ceramah yang berikutnya. Bagaimana pun selepas itu, beberapa ceramh anjuran PRM diberikan kelulusan tanpa apa-apa halangan.

PRM berpendapat , pihak Polis mempunyai alasan tersembunyi termasuk kemungkinan menerima arahan pihak lain yang turut menganjurkan Cermah Perdana pada hari yang sama, dengan penceramahnya, Mohamed Rahmat dan Rais Yatim.

Dipercayai penolakan permohonan ceramah PRM agar umum tidak melihat perbandingan yang ketara diantara dua ceramah jika diadakan serentak , walaupun ditempat yang berlainan.

Jika benar sebagaimana yang kami jangkakan, maka tindakan pihak Polis menolak permohonan kami adalah sebagai menafikan hak PRM sebagai pertubuhan Politik untuk menyuarakan pandangan dan bertentangan dengan Perlembagan Persekutuan yang membenarkan rakyat berhimpunan secara aman bagi menyuarakan pendapatnya.

PRM berpendapat seharusnya pihak Polis membuat pertimbangan dan keputusan yang adil dan wajar tanpa terikat kepada mana-mana pihak. Keengganan pihak polis JB memberi permit ceramah itu adalah bercanggahan dengan janji yang diberi oleh KPN, Tan Sri Norian Mai kepada semua pemimpin-pemimpin Parti Alternatif (PRM, PAS, DAP dan KeADILan) bahawa Polis akan memberi kerjasama dengan memberikan permit bagi ceramah yang diadakan


Last changed: September 13, 1999