[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Turunkan Si Kepala Taik

Date: 13 Sep 1999
Time: 21:04:06
Remote User: -

Comments

MAHATHIR MESTI DITURUNKAN DARI TAKHTANYA!

Dengan nama ALLAH, Tuhan Maha Kuasa lagi Maha Memberi Petunjuk kepada manusia yang diciptakan oleh-Nya dari sekepal tanah yang amat lemah menjadi makhluk paling sempurna dan di dalam kesempurnaan inilah lahirnya - satu daripadanya adalah memiliki ruh Islam dan saru lagi adalah memiliki ruh syaitan. Salawat dan salam buat RasuluLlah s.a.w.

Tragedi besar pengkhianatan kaum afrit ke atas para pejuang Islam sudah bermula sekian lama dan sentiasa berterusan kerana mereka sememangnya dilahirkan dengan hati, jiwa, dan akal yang kosong iman, hidayah, dan cahaya suci ILLAHI. Mereka inilah yang akan sentiasa menghunus senjata memerangi dakwah Islamiah dan memusnahkan para mujahid, para pendakwah, dan waliyuLlah kerana bagi mereka Islam adalah penghalang kepada segala bentuk jenayah, maksiat, kezaliman, kekuasaan dan keafritan yang menjadi cara dan budaya hidup serta kepercayaan besar mereka. Sebab itulah ALLAH mengutuskan para Nabi, dan para Rasul serta kemudiannya melahirkan generasi alimin yang tidak pernah takut dan gentar berdepan dengan kaum afrit ini demi menegakkan syiar Islam dan wahyu ILLAHI. Justeru itu peristiwa pembunuhan dan pembinasaan ke atas para pejuang Islam bukanlah satu cerita baru sebaliknya ia adalah garis sejarah yang sentiasa berlaku dari zaman Adam hinggalah ke zaman Muhammad s.a.w telah berjuta pahlawan ALLAH gugur yang bukan sahaja dari umat biasa bahkan para Nabi dan rasul juga pernah dibunuh oleh mereka - kaum afrit ini. Selepas itu di zaman para para baitul rasul, para alimin, dan ulamak Islam kejadian ini semakin dahsyat.

Hari ini tamadun Islam diperang lagi dengan peristiwa perancangan pembunuhan kejam ke atas Sudara Anwar ibrahim, pejuang dan pemimpin muda Islam yang sekian lama menghabiskan masa, tenaga fizik, dan mental serta hidup panjangnya demi mendaulatkan Islam serta meletakkan umat Islam sebagai umat yang kembali menjadi khalifah kepada dunia ini sebagaimana yang dituntut dalam KitabulLah, Al-Quran. Sudah pasti dalam perjuangan yang panjang dan besar ini akan bangkitnya kaum afrit untuk menghalang sebagaimana bangkit kaum Nuh menentang Nuh a.s, kaum Lut menentang Lut a.s, kaum Firaun menentang Musa a.s, kaum Ibrahim yang membakar Ibrahim a.s, kaum Nasrani yang memerangi Isa a.s dan kaum musyrikin yang mengatakan RasuluLlah itu pembohong dan pendusta yang mesti dihancurkan dengan apa cara sekalipun. Ini adalah sebahagian daripadanya dan apa yang berlaku ke atas Sudara Anwar Ibrahim adalah juga sebahagian daripadanya.

Di garis kitabulLah maka dengan ini menjadi tanggung jawab besar kepada seluruh umat Islam yang cintakan agamanya, yang kasihkan Nabinya, yang rindukan Allah untuk bangkit memacu gerakan bagi menumbangkan para tiran yang rata-ratanya adalah dari kaum afrit. Dalam pacuan ini hendaklah seluruh umat Islam faham bahawa tidak semestinya dibangkitkan Badar dan Uhud tetapi buat mukadimmahnya kita pacukan gerakan dakwah Islamiyah dengan tampil mendirikan kesepakatan suci yang kukuh dan abadi dengan bersatu di bawah satu gerakan kerana apabila terlalu banyak jalan dan lorong yang kita guna maka semakin sukar dan semakin sulit untuk kita menemui pangkalnya.

Perjuangan Islam itu adalah perjuangan yang dimulakan dengan mengikat tali persaudaraan sebagaimana ikatan Muhajirin dan Ansar menjadi silaturrakim Islamiah yang besar dan berkuasa kerana jika kita punyai sejuta pejuang tetapi masing-masing berada dalam seratus pasukan maka pasti kita akan menjadi lemah dan mudah dimamah, tetapi dengan sejuta orang dalam satu pasukan akan tumbanglah bukit dan gunung ganang. Demikianlah yang diajar dalam Al-Kahfi sebagai panduan kepada para pejuang Islam bagaimana jalannya untuk memperoleh kemenangan besar ke atas kaum afrit yang hidup hanya di atas satu rangka - material sedangkan para pejuang Islam punyai dua rangka - fizikal dan ruh.

Fizikal kita tumbang tidak menjejaskan apa-apa kerana ruh itu tidak mati. Ruh Islam inilah yang menjadi cahaya kepada kebangkitan kita. Penyeksaan dan perancangan membunuh Sudara Anwar Ibrahim harus ditentang dan dihalang - untuk itulah mulai dari tarikh ini kumpulkan kesemua pejuang dan gerakkan kebangkitan besar dalam solat-solat hajat Badar dan Uhud sebagai satu cabaran kepada kaum afrit. Mereka pasti merasa gentar dan menggigil jika melihat seluruh kaum alimin dan ulamak serta pejuang Islam berkumpul di padang luas menunaikan solat jamaah hajat. Tunjukkan kepada mereka akan kekuatan ALLAH.

Digaris hidayat ALLAH, Persaudaraan baitul Rasul dan seluruh para pejuang Islam akan memulakan solat hajat Badar wal Uhud fi SabiliLlah di Masjidil Haram Baitullah, Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah, Masjid al- Aqsa Baitul Laham, Masjid Sudan, Masjid Sultan Qaboos Oman, Masjid Al-Azhar Egypt, Masjid al-Quds Iran, serta akan turut diadakan di Pakistan, Iraq, Afghanistan, Bosnia serta akan dimulai oleh Madrasah Imam Haji Sulong Pattani serentak pada Jumaat ini selepas solat Jumaat, dan sebahagiannya akan mengadakan solat hajat selepas solat Isya' dan sebahagiannya lagi selepas solat Subuh. Untuk itu diharapkan para pejuang Islam di Malaysia turut mengadakan solat hajat Badar wal Uhud fi sabiliLlah serentak dengan apa yang dirancang di sini sebagai ikhtiar suci memohon ke hadrat ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA agar dilimpahkan hidayat dan rahmatnya ke atas Sudara Anwar Ibrahim serta dilepaskanlah segala cubaan dan bala kaum afrit kepadanya sebagaimana yang pernah dikurniakan kepada Ibrahim,

Musa, dan Junjungan Besar nabi Muhammad s.a.w.

Sekian, salam Nur-Islam dari kami.

Imam Haji Ghazali Lateuh ibnu Hussein Oemar Imam Haji Muhammad Firda'uos ibnu Haji Sulong Imam Haji Ahmad Qadeer Julaini ibnu Saud Imam Haji Suluh Latiff ibnu Haji Daud Imam Haji Suleiman al-Baqli ibnu Salehuddin al-Baqli Imam Haji Badruddin al-Nur al-Fadlillah Diponegoro Imam Haji Qassim bin Haji Junus

LABBAIKALLAH HUMMALABBAIK. LABBAI KALA SYARI KALLA KALLA BBAIQ.

ALLAHU' AQBAR.

Persaudaraan Baitul Rasul Pondok Pengajian Islam Muhammadiah Madrasah Imam Sulong Kersik, Pattani

mewakili;

Persaudaraan Mujahid Baitul Rasul Madinah al Munawarrah Saudi Arabia.


Last changed: September 13, 1999