[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Sokongan Padu dari Gerakan-gerakan Islam di Seluruh Dunia

Date: 13 Sep 1999
Time: 21:07:56
Remote User: -

Comments

Sokongan Padu dari Gerakan-gerakan Islam di Seluruh Dunia

Barisan Pembebasan Islam Pattani dengan ini menyatakan rasa duka dan sedih yang teramat kepada Sudara Anwar Ibrahim di atas pengkhinatan Mahathir dan barisan pimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, kumpulan ajaran nasionalis terbesar Malaysia. Dengan nama KitabuLlah kami akan sentiasa berdoa dan memohon agar ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA melimpahkan kurnianya agar diperpanjangkan usia Pejuang dan Mujahid Unggul Islam ini untuk membolehkan beliau menjadi pemimpin kepada umat Islam sejagat. Islam itu bersaudara - dengan kata-kata itu kami sedia membantu apa sahaja jika diperlukan.

MALEQ ZUABIDI HAJI SULONG Id Ulum POLO.

--------------------------------------------------------------------------------

Jammaah Mujahid Islam Baitul Rasul dengan ini melafazkan sabda dukacita kepada seluruh famili Akhir Mujadid Anwar Ibrahim di atas kezaliman yang ditanggung oleh jasad dan ruhnya buat tika ini dari regim ganas Mahathir, pemimpin ajaran nasionalis sekular total Malaysia. Kuatkan semangat kalian kerana percayalah kepada wahyu Allah. Orang-orang beriman akan tidak tewas kepada kaum munafiq dan musyrik. Anggaplah cobaan ini sebagai cobaan Allah ke atas kalian dalam menguji keimanan, ketaqwaan, dan kesabaran kalian serta ujian ke atas tawakkal kalian. Islam itu tetap akan berada di bawah naungan kuasa Allah. Dengan lafaz A'u zubilLah hi minasyaitan: sesungguhnya mereka yang sesat akan tumbang kepada kaum yang beriman kami memberi pesan kepada kaum nasinalis sekular agar kembali ke jalan Allah sebelum datangnya azab ke atas kamu.

GHULAM AHMAD NUR AL-BUKHARI Akhi Khalif, BAI'AH.

--------------------------------------------------------------------------------

Dengan lafaz, Bismillah, kami seluruh kerabat Pertubuhan Pemuda Islam Sedunia merafakkan salam perjuangan dan jihad fi sabilLlah kepada famili Kakang Anwar Ibrahim di atas keganasan kaum tiran nasionalis sekular Malaysia pimpinan Mahathir Mohammad (digelar Mahafiraun oleh rakyatnya!) dengan melepaskan pelor kimikal arsenik. Semoga Khalik Allah Ta'ala mencurahkan esaNya dengan menyelamatkan Kakang Pejuang Islam Anwar Ibrahim dari sel regim firaun.

SAMUDERA HAYAT ISKANDAR HANAFI Ketua Umum Pertubuhan Pemuda Islam Sedunia mewakili Seluruh Kerabat Pergerakan Islam Sedunia, Jakarta Barat.

--------------------------------------------------------------------------------

Tabbat yada abi lahabin watabb. Semoga Allah Tuhan Maha Perkasa membinasakan kaum munafiq yang zalim. Kami dari Angkatan Sidang Jamaah Muslimin Jihad Islamiah Antarabangsa merafaqkan salam jihad fi sabililLah kapada sa-isi kaluarga Imam Anwar Ibrahim di atas cobaan jahat kaum nasionalis-sekular Malaysia pimpinan Mahathir Mohammad yang di Istanbul mula dikenali sebagai The Second Kamal Attaturk, and the First Mahathir Atmalayun - pengganas sekular yang keji lagi hina. Sesungguhnya Allah itu berada di sisi mereka yang beriman. Dan kapada seluruh barisan rakyat Malaysia yang cintakan Islam bangkitlah kamu sesungguhnya perjuangan mempertahankan para pejuang Islam itu adalah wajib. (terjemahan)

AHMED MUSNAWIQ DHONIQUE AHJUARE Soloque, Ankara.

--------------------------------------------------------------------------------

Warkah e-mail ini telah diterjemahkan oleh Jamaah Media, Barisan Pembebasan Pattani (POLO) kerana warkah ini telah dihantar dan difakskan kepada Pusat Gerakan POLO.

Salam Islam dan semoga Allah merahmati Sudara Anwar Ibrahim dan keluarganya serta umat Islam Malaysia yang berjuang menegakkan keadilan dan mempertahankan maruah Islam.

Husna Fuad Tarmidzi Agensi Pusat, POLO.


Last changed: September 13, 1999