[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Fakta Tentang Kes Keracunan Anwar

Date: 13 Sep 1999
Time: 21:35:33
Remote User: -

Comments

Fakta Tentang Kes Keracunan Anwar

MEREKA SEKADAR MEREMEHKAN PERKARA YANG KRITIKAL

Lapuran Keracunan Anwar

Fakta

Dato' Seri Anwar disahkan mengalami keracunan bahan arsenik pada kadar 230 ug/g creatinin, iaitu hampir 77 kali ganda dari kandungan biasa arsenik dalam tubuh manusia iaitu pada kadar kurang 3 ug/g creatinin. Lapuran ini diperolehi dari hasil ujian sampel air kencing beliau di makmal pathologi (Gribblers Pathology - Makmal ini juga merupakan makmal ujian yang digunakan dan dijadikan pusat rujukan oleh Pusat Perubatan Pantai yang dipunyai oleh Mokhzani MAHAFIRAUN)* di Melbourne Australia.

Laporan ini mengesahkan dakwaan cubaan meracun Anwar sejak dari mula beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah benar, walaupun pada peringkat awal dakwaan ini disangkal dan dipandang remeh oleh Parti yang memerintah. Kementerian yang bertanggungjawab tentang soal keselamatan Anwar di penjara adalah Dato' Seri Abdulah Ahmad Badawi @ Pak Lah).

Kesan keracunan bahan arsenik adalah sukar dikesan kecuali ujian berterusan dilakukan oleh sipengidapnya. Antara kesan awal dan berterusan adalah kadar kesusutan berat badan yang ketara, keguguran rambut yang berterusan, sering rasa kebas atau kekejangan, muntah-muntah, kesan diarrhoea (berak darah), kesan-kesan gastrik dan sebagainya. Namun kesan-kesan ini juga merupakan kesan-kesan biasa bagi pelbagai jenis simptom penyakit lainnya. Pihak doktor menyatakan kesan-kesan yang lebih ketara akan ditampakkan selepas satu tempoh masa yang panjang, kerana kesan ketara keracunan bahan arsenik hanya akan terbukti bila sipengidap mengalami tahap akhir yang parah, iaitu kematian (kecuali secara kebetulan ujian diadakan seperti dalam kes Anwar).

Bahan-bahan arsenik boleh didapati dalam pelbagai jenis racun seperti dalam perusahaan seramik, racun rumpai, racun tikus, racun serangga perosak dan juga sabagai bahan senjata biologi. Kesannya sukar dikesan kecuali pada peringkat akhir.

Jelas apa yang berlaku dalam kes Anwar adalah wujud cobaan membunuh beliau, lanjutan dari konspirasi jahat politik yang memfitnah dan menjatuhkan beliau dengan menggunakan segala instrumen kerajaan seperti yang sedang berlaku sekarang. Kebarangkalian jangkawaktu dan tempat Anwar diracun adalah semasa :

1. Di Lokap Bukit Aman semasa dalam tahanan ISA dan di bawah pengawasan pihak polis, sepertimana yang pernah didakwa diperingkat awal penahanan beliau.

2. Di tahanan Sungai Buloh semasa beliau ditahan reman semasa menanti kes perbicaraan tuduhan pertama beliau dijalankan.

3. Di Penjara Sungai Buloh semasa menjalani hukuman penjara 6 tahun selepas 14 April 1999.

Sebagai tambahan kepada usaha jahat untuk melemah dan merusakkan kesihatan Anwar, pengawasan yang cukup rapi dijalankan di atas arahan Pak Lah ke atas Anwar sepanjang tempoh pemenjaraan beliau di Sungai Buloh, seperti pemasangan 2 kamera di depan sel tahanan beliau (arahan untuk memasang satu lagi kamera dalam sel tahanan tidak dapat dijalankan kerana tidak ada pegawai penjara yang berani menandatangani arahan pemsangan lanjutan dari arahan Kementerian Dalam Negeri), pembinaan satu sel tahanan berasingan yang merupakan bekas bilik rawatan bagi pesakit AIDS yang kronik dan bersebelahan dengan bilik mayat dan bilik tahanan yang sakit jiwa, arahan pemakanan yang tidak sesuai dangan tahap kesihatan Anwar dan banyak lagi.

Apa Komen mereka? (hari pertama)

Tan Sri Mohtar Abdullah - Peguam Negara (The Sun 11/9/99)

- "Saya harus mengingatkan rakan saya yang bijaksana (Karpal Singh) supaya jangan membuat kesimpulan melulu dan menuduh ada pihak yang berkonspirasi untuk membunuh atau mencederakan Anwar."

- "Ianya mungkin satu cubaan meracun secara sengaja oleh seseorang yang tidak diketahui, sama ada di penjara semasa Anwar berada dalam tahanan, atau di lokap mahkamah atau keracunan secara tidak sengaja. Saya secara peribadi pernah melihat Anwar menikmati makanan dan minuman dalam bilik mahkamah ini yang dibawa oleh keluarga dan kawan-kawan."

- TS Mohtar juga mengatakan bahawa bertentangan dengan peraturan penjara, Anwar telah dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara untuk bergerak dan bergaul dengan keluarga dan teman-teman beliau.

Datuk Seri Abdullah Badawi (Menteri Dalam Negeri) - (Utusan Malaysia 11/9/99)

- Turut menyatakan kebarangkalian keracunan itu berpunca dari makanan yang dibawa oleh keluarga Anwar sendiri.

- Mempersoalkan kenapa laporan makmal tentang keracunan makanan tersebut lambat dikemukakan ke pengetahuan pihak yang berkuasa dan kemungkinan Anwar mempunyai muslihat tertentu disebalik pendedahan laporan tersebut.

- Juga turut mempersoalkan kesahihan laporan kajian makmal tersebut, serta bagaimana sampel air kencing Anwar dapat dibawa keluar.

ISU DAN FAKTA

ISU JAWAPAN MAHAFIRAUN dan teman beliau yang lain mempersoalkan jangkawaktu antara tarikh lapuran diterima dan didedahkan kepada mahkamah/umum selama 14 hari - Sampel di hantar pada 18/8/99 - Sampel diterima dan dibuat analisa pada 26/8/99 - Laporan makmal diterima oleh Dr Wan Azizah pada 9/9/99 - Laporan dinyatakan di mahkamah pada 10/9/99 selepas berbincang dgn peguam

Oleh itu, tidak timbul isu sengaja melengahkan lapuran atau lapse of a considerable amount of time seperti yang didakwa oleh MAHAFIRAUN, Rafidah Aziz, Pak Lah, Ling Liong Sik dan pemimpin UMNO yang lain.

Kenapa sampel air kencing Anwar di hantar ke Australia, bukan makmal tempatan, menunjukkan ada pakatan dengan kuasa asing dan tidak ada semangat patriotik, atau yakin dengan kemampuan hospital tempatan?!

Sampel dihantar ke Australia kerana makmal tempatan tiada kepakaran dan peralatan yang sempurna. Kalau ujian penggunaan dadah oleh para atlit pun dihantar ke Australia, apatah lagi ujian keracunan arsenik!

Sebagai tambahan, Gribbles Pathology adalah merupakan makmal rujukan utama bagi HUKM dan juga Pusat Perubatan Pantai yang dipunyai oleh Mokhzani MAHAFIRAUN!

Dr. MAHAFIRAUN dan Rafidah Aziz keliru antara 'food poisoning' dan 'arsenic poisoning', cuba memberikan gambaran yang negatif kepada aspek laporan Anwar

Food poisoning - mempunyai kesan yang segera dan mudah dikesan melalui sampel makanan, juga boleh diubati dengan segera.

Arsenic Poisoning -Mempunyai kesan jangkapanjang dan sukar dikesan kerana tidak ada simptom yang jelas kerana kesan jangkapanjangnya. -Arsenik poisoning terbahagi kepada 2 kategori iaitu peringkat 'Acute' dan 'Chronic'.

Acute selalunya berlaku apabila berlaku 'massive and sudden consumption of arsenic substance' dan punyai kesan jangkapendek yang boleh dikenalpasti.

"Chronic" pula mempunyai kesan keracunan jangkapanjang yang sangat sukar dikesan kecuali di peringkat akhir atau melalui ujian yang dilakukan secara rambang. Kesannya berlaku secara perlahan-lahan sehingga pesakit sudah mencapai tahap akhir penderitaan dan peringkat ini sukar atau agak mustahil diubati. Inilah kategori yang dihadapi oleh Anwar

Akhbar dan media tempatan melaporkan bahawa kadar keracunan arsenik Anwar adalah 77% dari kadar biasa!

Fakta sebenar ialah, kadar keracunan arsenik ke atas Anwar ialah 77 kali dari kadar arsenik yang terdapat dalam tubuh manusia biasa atau 7700%

Pak Lah menyatakan bahawa Anwar mendapat layanan yang cukup baik seperti mendapat susu dan madu sebagai makanan harian serta diberikan kemudahan bilik air yang sempurna di dalam biliknya.

Fakta sebenar ialah bekalan susu dan madu hanya diberikan setelah 3 bulan permohonan dibuat, melalui nasihat doktor selepas Anwar menghadapi masalah pemakanan yang sangat ketara. Bilikair yang dimaksudkan ialah bilik air yang terletak di bilik atau sel tahanan yang lain. Apa yang tidak beliau jelaskan ialah sel tahanan untuk Anwar yang baru disiapkan ialah bekas bilik mencuci luka untuk tahanan AIDS yang masih penuh dengan kesan darah semasa pengubahsuaian dijalankan dan dihadapan sel yang ada sekarang diletakkan 2 kamera khas bagi mengawasi segala aktiviti Anwar serta mereka yang melawat beliau. Arahan Pak Lah untuk dipasang satu lagi kamera di dalam sel tidak berani dilaksanakan oleh pegawai penjara kerana menyalahi peraturan penjara dan hak asasi manusia.


Last changed: September 13, 1999