[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kalau mohonpun kita tolak

Date: 14 Sep 1999
Time: 02:35:02
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kalau dia mohonpun kita tolak. Dia tidak layak jadi ahli parti-parti alternatif. Dia buat cerita kononnya dia kata orang kata dia nak masuk. Ini trick lama.

Kita juga gila kalau nak terima dia. ==============================================================================================================================

BANYAK PEMBOHONGAN MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM, KATA MOHAMED

JOHOR BAHARU, 14 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Rahmat berkata banyak pembohongan kini disebarkan di kalangan rakyat menjelang pilihan raya umum termasuk cerita kononnya beliau hendak menyertai PAS dan Keadilan.

Bagaimanapun menurut cerita-cerita yang disebarkan itu permohonannya untuk menyertai parti pembangkang itu telah ditolak, kata beliau.

"Gilalah saya jika saya masuk PAS atau Keadilan. Saya orang UMNO dan BN dan saya akan terus berada dalam BN walaupun saya tidak mempunyai kedudukan," kata beliau pada majlis Ceramah Perdana di sini malam tadi.

Penceramah undangan pada majlis anjuran Umno Bahagian Pulai itu ialah tokoh veteran UMNO Datuk Dr Rais Yatim.

Mohamed, anggota Parlimen kawasan Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, berharap orang ramai tidak terkeliru dengan pelbagai dakyah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu terutama menjelangnya pilihan raya umum.

Katanya, tujuan utama penyebaran pelbagai dakyah itu ialah dengan harapan rakyat akan bangun menentang kerajaan dan menggadai masa depan negara.

Beliau lalu mengingatkan bahawa perpaduan di kalangan orang Melayu amat penting bagi kestabilan politik di Malaysia kerana sebarang perpecahan akan mewujudkan ketidakstabilan dan akhirnya merugikan bangsa Melayu.

"Peranan orang Melayu di Malaysia amat besar," kata Mohamed. -- BERNAMA


Last changed: September 14, 1999