[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

MIC dan lain-lain tersinggung

Date: 14 Sep 1999
Time: 06:09:49
Remote User: -

Comments

Ulasan

Si Kepala Taik ingat dia boleh tipu rakyat dan parti-parti komponen BN. Pernyataannya ini menunjukkan betapa dia sendiri menghina MIC dan parti-parti komponen BN yang lain. UMNO tidak mampu menang semua. MIC dan MCA serta Gerakan dll akan tewas kali ini.

BN sudah nak rebah.

============================================================================================================================== UMNO TIDAK AKAN BENTUK KERAJAAN SATU PARTI

SHAH ALAM, 14 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata UMNO tidak akan mendirikan kerajaan pimpinannya sahaja meskipun ia boleh berbuat demikian jika memenangi semua kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata ini kerana UMNO masih mahukan kerjasama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Kita tidak mahu tipu rakan dan kita yakin mereka juga tidak akan menipu Umno.

"Kita bukannya seperti parti PAS atau DAP yang masing-masing rancang untuk menipu antara satu sama lain," kata beliau semasa berucap pada perjumpaan dengan pemimpin BN Selangor di sini hari ini, hari kedua dalam rangka lawatan kerja dua harinya ke Selangor.

Dr Mahathir yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata BN bukan seperti pakatan parti pembangkang yang hanya diadakan menjelang pilihan raya.

Sebaliknya BN membentuk kerjasama yang berkekalan antara parti komponennya, kata beliau.

Dalam BN, katanya, parti kecil juga diberi perhatian dan setiap parti komponennya mempunyai tiga wakil dalam Dewan Tertinggi yang berpeluang menyuarakan pandangan serta masalah mereka.

Kerajaan BN pula akan memastikan bahawa mereka diberikan perhatian, kata beliau.

Beliau memberi contoh parti MIC, yang menurutnya, tidak mempunyai majoriti dalam suatu kawasan sekalipun tetapi masih mampu memiliki beberapa kerusi hasil sokongan anggota parti komponen BN yang lain.

"Kita rela sokong calon MIC di beberapa kawasan tertentu kerana kita yakin anggota MIC di tempat lain turut memberi sokongan kepada Umno serta parti komponen BN yang lain.

"Di sini nampak jelas sistem BN cukup bijak memberi pertimbangan kepada keperluan semua kaum," katanya.

Dr Mahathir berkata masanya belum tiba untuk diadakan sistem satu parti kerana ia mungkin menimbulkan keraguan di kalangan kaum minoriti mengenai nasib mereka sekiranya pimpinan parti itu dimonopoli oleh satu kaum sahaja.

Beliau berkata parti pembangkang yang turut menyedari perkara itu cuba meniru sistem BN. Pada pilihan raya umum 1990 mereka mengadakan pakatan tiga parti merangkumi Parti Melayu Semangat 46, PAS dan DAP, namun pakatan itu gagal selepas pilihan raya.

Kini menjelang pilihan raya umum akan datang muncul pula pakatan antara PAS, DAP, Keadilan dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia, yang katanya, tidak ikhlas kerana mereka cuma menunggu sehingga menjelang pilihan raya untuk mengadakan pakatan.

Dr Mahathir juga berharap jentera pilihan raya BN kini sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Mengenai calon BN, beliau berkata calon BN pada pilihan raya sebenarnya tidak mempunyai wajah kerana apa yang dipentingkan ialah kemenangan bagi parti yang memakai simbol dacing itu.

"Mereka sebenarnya tidak mempunyai wajah, wajah mereka yang menjadi calon BN pada pilihan raya hanyalah simbol dacing. Apa yang penting ialah semua rakyat mengundi calon yang menggunakan dacing tanpa mengira siapa yang menjadi calonnya," katanya.

Kira-kira 1,500 pemimpin dan penyokong parti komponen BN Selangor menghadiri majlis itu.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Abu Hassan Omar, Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob yang juga Setiausaha Agung UMNO, Setiausaha Agung BN Datuk Mohamed Rahmat dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Onn Ismail.

Perdana Menteri sebelum itu telah mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Umno Selangor di bangunan ibu pejabat Badan Perhubungan Umno Selangor di sini.

-- BERNAMA


Last changed: September 14, 1999