[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Al Kataki melompat-lompat....

Date: 14 Sep 1999
Time: 06:25:53
Remote User: -

Comments

Ulasan

Seperti seekor katak puru, Al Kataki terlompat-lompat ke sana dan ke mari. Kalau Si KepalaTaik boleh cabar Clinton serang Malaysia, mengapa AWSJ tidak boleh kutuk Malaysia yang sememangnya terk dalam hal kehakiman dan perundangan.

Inilah dia gelagat seorang timbalan menteri yang tidak ada standard.

==============================================================================================================================

RENCANA AWSJ TIDAK BENAR DAN BERAT SEBELAH, KATA TIMBALAN MENTERI

PETALING JAYA, 14 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Ibrahim Ali hari ini kesal terhadap rencana dalam Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang diterbitkan semalam serentak dengan pembukaan Persidangan Undang-undang Komanwel di sini.

"Rencana itu sengaja ditulis untuk mengaibkan kerajaan Malaysia," kata beliau pada persidangan media di sini.

"Dakwaan itu adalah tidak berasas, tidak benar dan mereka mempunyai niat jahat," kata beliau.

Rencana bertajuk "Justice in Malaysia" (Keadilan di Malaysia) antara lain mengkritik badan kehakiman Malaysia terhadap pengendalian beberapa kes termasuk pemenjaraan wartawan Far Eastern Economic Review Murray Hiebert baru-baru ini kerana kesalahan menghina mahkamah.

Ibrahim menyifatkan rencana itu sebagai tidak adil dan berkata ia sengaja merujuk kepada kes-kes yang majalah itu mempunyai kepentingan dan terus memperalatkan isu yang sama.

"Rencana itu cuba menggugat badan kehakiman dan memberi gambaran seolah-olah badan kehakiman Malaysia tidak bebas," kata Ibrahim.

Ketika ditanya mengenai rencana Amnesty International bertajuk "Malaysian Human Rights Undermined: Restrictive Law in a Parliamentary Democracy" pada 1 Sept lepas, Ibrahim berkata ia tidak memberi gambaran yang benar berhubung dengan hak asasi manusia.

Dalam sistem demokrasi, hak individu tidak boleh mengatasi hak majoriti tetapi nampaknya kepentingan dan hak individu diberi perhatian yang lebih daripada kepentingan majoriti, kata beliau.

"Mengapa perlu diwujudkan keluhuran undang-undang jika hak-hak individu mengatasi yang lain?" kata beliau.

Rencana itu antara lain menyatakan: "Selama bertahun-tahun, struktur perundangan dan pentadbiran telah berkembang di Malaysia, yang menimbulkan ancaman besar kepada hak kebebasan yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa."

Ibrahim juga melahirkan puas hati dengan perjalanan persidangan undang-undang itu setakat ini. -- BERNAMA


Last changed: September 14, 1999