[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ustaz Mustaffar Taib jadi alat Mamak Kutty? minta response!!

Date: 14 Sep 1999
Time: 06:30:33
Remote User: -

Comments

Ustaz Mustaffar Taib jadi alat Mamak Kutty? minta response!!

Sudah lama saya sendiri mendengar cerita daripada rakan-rakan bahawa Mustaffar Taib (Ustaz)- Timb Ketua Pengarah YADIM (Yayasan Dakwah Islam Malaysia) sekarang begitu ligat menjadi penceramah utama di dalam program UMNO di seluruh negara. Baru-baru ini, di sebuah tempat di Perak, beliau dengan lantangnya mengatakan bahawa segala tindakan Mahathir terhadap Anwar itu tidak salah sama sekali, malah perlu bagi Mahathir bertindak demikian sebagai pemimpin sebuah negara.

Katanya lagi, siapa kata tindakan Mahathir itu menyalahi agama??Siapa kata? Cuba tunjukkan nas/dalil dan ayat al-Quran yang mengatakan tindakan itu salah. Lalu beliau memetik sebuah ayat al-quran (...)menjelaskan betapa perlunya tindakan seperti itu demi menyelamatkan bangsa dan negara. Beliau juga turut memuji Mahathir sebagai pemimpin ulung dan disegani di mata negara-negara Islam, malah katanya, kepimpinan Mahathir mencerminkan kepimpinan yang sebenar dunia Islam.

Katanya, tindakan Mahathir terhadap Anwar ialah kerana kesilapan dan kelemahan Anwar sendiri!

Saya juga dapat maklumat daripada beberapa rakan UMNO bahawa Ustaz Mustaffa ini dibayar begitu lumayan oleh seorang ahli Parlimen di Pahang, yang kerap sekali membawa rombongan ke KL, berpuluh-puluh buah Bas digunakan saban minggu untuk membawa makcik-makcik ke KL. Dan di KL, ahli-ahli rombongan akan diberi wang ringgit untuk shopping,menginap di Hotel dan kemuncak agenda ialah mereka kemudiannya diminta mendengar ceramah Ustaz YADIM ini..

Saya harap, mana-mana rakan/taulan Ustaz Mustaffar ini boleh response. Siapa dia sebenarnya, dan mengapa dia sanggup bertindak begitu, sedangkan, dengar cerita, dialah satu-satunya insan yang mengeluarkan fatwa bahawa darah Anwar dihalalkan (maksudnya, Anwar boleh dibunuh) ketika Anwar masuk UMNO dulu.

Dan..ahli Parlimen manakah yang dimaksudkan dalam tulisan ini yang begitu gusar sekali mengenai kedudukannya di Pahang yang dikatakan sudah tidak diterima lagi oleh penduduk setempat itu??

laporan Mamat si Batu Ronsen


Last changed: September 14, 1999