[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

JANGAN PUJUK MEREKA-biarkan mereka dengan balu-balunya.

Date: 14 Sep 1999
Time: 06:34:01
Remote User: -

Comments

JANGAN PUJUK MEREKA-biarkan mereka dengan balu-balunya.

Saya harap semua pejuang reformis jangan pujuk pemimpin UMNO (yang kununnya rakan Anwar)yang masih di dalam UMNO untuk menyertai perjuangan menentang kezaliman ini. Kalau mereka benar-benar cintakan keadilan dan benci dengan kezaliman, mereka pasti dapat menumbangkan Mahafiraun dengan pakatan mereka. Atau setidak-tidaknya, mereka bencikan perbuatan Mahafiraun terhadap seorang bekas pemimpin UMNO (yang mungkin akan terjadi kepada mereka atau keluarga mereka), dah tentu mereka bergabung dan bersatu dengan kita sekarang. Tak payah nak tunggu-tunggu lagi. Lagi tunggu, lagi jadi bangkai.

Setelah begini Anwar disiksapun, masih ada yang mengatakan itu perbuatan Anwar sendiri ataupun ahli keluarganya? Dan pemimpin yang bacul dan bangang di dalam UMNO buat apa?? Angguk dan ....shit!!

Saya nak tanya rakan-rakan Anwar baik di dalam kabinet, MKT,UMNO - kalian ni pekakkah atau bangang sangat?? Kau orang tunggu ajelah nanti, bila kau orang sanggup memejamkan mata semata-mata nak jaga kedudukan kau orang, sedangkan pada masa yang sama kau orang suruh rakyat bersatu padu dan memperjuangkan kedaulatan bangsa. Kedaulatan bangsa apa kalau hidup kita sekarang ini pun tidak merdeka. Merdeka kepala hotak kau orang??? Merdeka kunun..tapi mulut dan kaki dijerat. Kau orang tahu hangguk macam babi hutan saja..pantang jumpa bangkai(ops, sorry, aku tak pasti samada babi makan bangkai atau tidak).

Yang kau orang tahu, nak jaga perut. Dah kaya nak kaya lagi. Bila kita tanya, bagi macam-macam alasan. Kununnya berjuang dari dalam, kununnua takut ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah atas macam-macam kes yang boleh Mahafiraun reka. Takutkan jin-jin Mahafiraun. Seribu macam dalih. Kalau betul kau orang itu pejuang bangsa, nah...this is the right time to prove it! You don't have to prove to Anwar or to Wan Azizah, but to us, rakyat. Do it for your community, your nation and for your next generation. Bangun..jangan jadi bacul dan bapuk.

Bila seorang polis dibelasah, semua ribut. Cerita dimanipulasikan. Shit!! Tapi apabila isu@perkara yang didedahkan oleh Anwar atau yang berkaitan dengan pejuang parti alternatif, megapa semua membisu? Tindakan melulu diambil. Rakyat ditipu.

Malam tadi kat TV , ada menteri seekor tu kata, tidak ada ruang untuk demonstrasi jalanan. Ikut peraturan dan undang-undang. Sudahlah apek, yang kita berhimpun cara baikpun dianggap rusuhan tu apa cerita?? Nak adakan ceramah pun tidak diberi permit itu adilkah?? Lu boleh cakaplah..tunggu nanti bila lu kena, baru lu tahu itu najis manyak pahitkah atau manyak busukkah atau itu najis manyak wangikah. Wo henni.

Aku harap, semua reformis jangan takut lagi. Lawan dan terus lawan. Kalau ditakdirkan kita dibelasah atau ditangkap, cam muka SB yang menangkap kita - atau kalau dalam penjara, lihat muka dia betul-betul, dan hafal namanya. Lapurkan kepada webmaster reformis - siarkan!! Tindakan seterusnya..terpulanglah! Atau, kita tunggu saja hari kita.

Lawan tetap Lawan: Mek Melah


Last changed: September 14, 1999