[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mana ada 20,000, Bernama silap kira..

Date: 14 Sep 1999
Time: 08:16:04
Remote User: -

Comments

Ulasan

Mana ada 20,000 orang yang hadir. Ini satu pembohongan.

Ya, Si Kepala Taik begitu angkuh apabila dia membidas Clinton dan IMF.

Kita tahu semalam dia "cabar: Clinton hantar askar. Kononnya sudah kuat.

Dia seorang doktor gila.

==============================================================================================================================

M'SIA MAMPU SELESAI MASALAH SENDIRI, KATA DR M

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berucap pada majlis Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Padang AU2 Taman Seri Keramat, Hulu Klang sempena lawatan Perdana Menteri ke Negeri Selangor.

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Dunia kini terpaksa menerima hakikat bahawa Malaysia boleh menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa bantuan asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

"Presiden (Bill) Clinton terpaksa mengakui bahawa Malaysia boleh," katanya di perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat sempena lawatan rasmi ke Selangor, di Taman Keramat di sini.

"IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang sombong dan kuat hari ini juga mengakui bahawa Malaysia berjaya memulihkan ekonominya," kata di hadapan kira-kira 20,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu.

Dr Mahathir berkata krisis ekonomi yang bermula Julai 1997 merupakan usaha orang asing untuk menjatuhkan ekonomi Malaysia.

Bila negara miskin kerajaan akan terpaksa meminta pertolongan mereka dan mereka akan menggenakan syarat supaya ekonomi diserahkan ke tangan mereka, katanya.

"Sebaliknya, kita mencipta cara kita untuk pulihkan ekonomi negara. Hari ini ekonomi negara telah pulih," kata Perdana Menteri. Beliau berkata, dalam kegawatan sebelum ini antara tahun 1983 dan 1985, kerajaan juga telah dapat mengatasi masalah itu, bahkan ekonomi negara tumbuh dengan pesat pada kadar lapan peratus setahun.

Dr Mahathir berkata oleh sebab pertumbuhan yang pesat itu, dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah sebuah "tiger economy".

Beliau berkata kejayaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara merupakan hasil tindakan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ingin terus memerintah untuk menyumbang bakti kepada rakyat.

"Kita ini berkhidmat untuk membangunkan negara dan mempertahankan kedaulatan negara. Itu sahaja, katanya".

"Itulah perjuangan BN dan parti-parti komponen BN. Bukan untuk menegakkan siapa jadi orang besar, Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri."

Dr Mahathir berkata, kalaupun ada usaha untuk menentukan siapa bakal memimpin negara, itu hanyalah kebetulan kerana tanpa pemimpin sukar untuk melaksanakan perjuangan.

Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha-usaha akan dipertingkatkan bagi memastikan pembangunan ekonomi yang lebih pesat.

"Ini supaya setiap rakyat Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain. Tinggi seperti Menara Petronas yang tertinggi sekali di dunia," katanya. -- BERNAMA


Last changed: September 14, 1999