[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik sangat paranoid.

Date: 14 Sep 1999
Time: 08:38:07
Remote User: -

Comments

Ulasan

Si Kepala taik yang sudah nyanyuk kelihatan sakit tenat kerana jawapan-jawapannya sudah lari daripada kata-kata seorang yang layak jadi ketua negara.

Turunkanlah dia untuk selamatkan Malaysia.

============================================================================================================================== MALAYSIA GERAKKAN USAHA KUTUK KANADA MENGENAI LAYANAN KEPADA RED INDIAN

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan menggerakkan usaha bagi mengutuk Kanada berhubung dengan layanan kepada penduduknya dari kaum asli Red Indian.

Katanya orang-orang Red Indian di Kanada telah meminta balik tanah mereka tetapi mereka (Kanada) tidak memberikannya.

" Dia (Kanada) dah menindas orang Red Indian berpuluh tahun, beratus tahun, kita tak pernah kondem dia pun, tak usah cakaplah," katanya ketika diminta mengulas cadangan Kanada untuk meminta supaya Komanwel mengutuk Malaysia kerana memenjarakan seorang wartawan Kanada baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata demikian pada persidangan media selepas berucap pada majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang AU2, Taman Keramat, dekat sini hari ini.

Menteri Luar Kanada Lloyd Axworthy dilaporkan oleh agensi berita Reuter sebagai berkata hari ini bahawa Kanada akan meminta Komanwel mengutuk Malaysia kerana memenjarakan seorang wartawan dari negara itu.

Murray Hiebert, ketua biro Malaysia bagi majalah Far Eastern Economic Review dibawa ke penjara Sabtu lepas untuk menjalani hukuman selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap sabit kesalahan kerana menghina mahkamah.

Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak membantah tindakan yang dibuat oleh Kanada walaupun rakyat negara ini ditangkap oleh pihak berkuasa negara itu.

"Baru-baru ini rakyat kita pergi ke Kanada, ditangkapnya di lapangan terbang, tahan orang itu, buat macam-macam kepada orang itu, kita tak protes," katanya.

Ketika ditanya sama ada Malaysia mempunyai kebimbangan bahawa persidangan undang-undang Komanwel yang berlangsung di negara ini akan dijadikan medan untuk menghentam negara ini, Dr Mahathir berkata:

"Tak mengapa, dia boleh hentam, yang pentingnya kita uruskan hal ehwal negara kita dengan cekap dan bijak dan kita majukan negara kita.

"Dia nak hentam, dia nak maki, memanglah kerja dia".

-- BERNAMA


Last changed: September 14, 1999