[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik tolak ajaran Al Quran

Date: 14 Sep 1999
Time: 08:42:46
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kalau inilah pendapat dan pandangan Si Kepala Taik sudah tentu ia menyalahi ajaran Al Quran.

Tak perlu ulas banyak-banyak.

Bertaubatlah kamu sebelum terlambat.

==============================================================================================================================

JANGAN SOKONG KERANA SIFAT INDIVIDU PEMIMPIN, KATA PM

SOKONGAN PADU....Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad disambut dengan meriah semasa beliau tiba pada majlis Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Padang AU2 Taman Seri Keramat, Hulu Klang sempena lawatan Perdana Menteri ke Negeri Selangor hari ini.

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin parti politik harus disokong berdasarkan kedudukan mereka sebagai pemimpin pertubuhan itu dan bukan atas sifat peribadi mereka.

"Sokongan kepada saya seharusnya atas kedudukan saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Kita sokong kerana parti, bukan tubuh badan seseorang itu," katanya kepada ribuan rakyat pada perhimpunan di kawasan Taman Keramat dekat sini petang ini.

Dr Mahathir yang melawat Selangor dalam siri lawatannya ke negeri-negeri, memberi ingatan itu kerana menurutnya, telah ada mereka yang mengikut seseorang itu bukan kerana orang itu pemimpin tetapi kerana peribadinya.

" Kita lihat bila seorang pemimpin parti disingkir, ahli Umno dan penyokong BN tidak turut keluar dari parti," katanya yang jelas merujuk kepada penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disingkir daripada Umno setahun lalu atas dakwaan salahlaku seks.

"Semasa dia (Anwar) dalam Umno, dia dipuja sebagai pemimpin tetapi bila dia disingkir, dia tentang Umno dan kerajaan BN sebagai tidak adil. Dia pemimpin tak berjiwa Umno," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, ramai pemimpin Umno dan BN apabila tidak lagi menjadi pemimpin, mereka tidak mengutuk parti malah terus memberi sokongan padu kepada parti.

"Mereka inilah golongan berjiwa Umno, bersemangat Umno dan semangat BN tersemat di hati mereka," katanya.

Sambil menyifatkan tindakan membawa keluar anggota parti bila seseorang itu tidak lagi berada dalam parti sebagai tidak sihat, Dr Mahathir mengingatkan anggota BN bahawa mereka berada dalam parti kerana berjuang membaiki, memaju dan mempertahankan maruah negara dan bangsa.

"Kalau saya nak keluar dari BN, jangan ikut saya sebab itu bukan kehendak parti," katanya, sambil menambah sesiapa yang menjadi pemimpin sesuatu ketika itu hanyalah kebetulan sahaja.


Last changed: September 14, 1999