[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

KENYATAAN RESMI DARI MUFTI NEGERI PERLIS

Date: 14 Sep 1999
Time: 20:51:48
Remote User: -

Comments

KENYATAAN RESMI DARI MUFTI NEGERI PERLIS

Assalamualauikum wbrt.

Sekelian rakyat Perlis Indera Kayangan yang dirahmati Allah swt. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang sungguh malang menimpa negara kita ini. Sebagai seorang muslim amat terasa satu panggilan untuk saya berbuat sesuatu agar negara kita kembali aman dan sentosa seperti sedia kala. Sebagai rakyat Malaysia saya merasakan terpanggil untuk menyatakan sesuatu selaras dengan maksud hadis Rasulullah saw "Jihad yang paling besar adalah berkata benar kepada pemimpin yang zalim".

Saudara-saudari sekelian, Peristiwa yang menimpa pemimpin kita Dato Seri Anwar Ibrahim sudah menandakan panggilan jihad kini sudah bermula. Kezaliman BN kini berada dimana-mana samada dari peringkat bawahan hinggalah keperingkat atasan. Kezaliman dan kemungkaran Dato Seri Mahathir Mohammad kini sudah melampau dan diluar batasan yang perlu ditentang habis-habisan. Saya kini sudah tidak boleh berdiam diri lagi dan saya merasakan amat berdosa sekira saya seorang bertaraf Mufti menjadi bisu dan sejajar dengan Firman Allah swt dalam Surah At Taubah 39 yang bermaksud " Sekiranya kamu tidak berjuang Allah akan mengazab kamu dengan siksa yang pedih dan akan mengantikan kamu dengan kaum yang lain..."

Saudara-saudari sekelian, Tidaklah kenyataan ini untuk saya mengajak kalian mengangkat senjata untuk berperang. Jihad adalah tugas asasi yang abadi dengan ruangnya yang luas mulai dari penyingkiran hati sampailah kemedan perang yang ditengahi oleh sederet bentuk-bentuk jihad termasuklah amar ma'ruf nahi mungkar, jihad lisan, jihad pena, jihad tangan dan berkata hak terhadap pemerintah zalim. Saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis amat bersimpati terhadap keracunan arsenic yang saya yakin dirancang oleh sesaorang tidak akan berdiam diri dan saya perlu berbuat sesuatu. Saya mungkin tidak boleh berceramah atas pentas politik atau mengeluarkan kenyataan resmi dalam akhbar. Saya juga kini memang terikat dengan Kerajaan Negeri Perlis dan adalah melanggar etika andainya saya berbuat demikian. Saya telah beristikarah dan saya menemui jalan yang paling sesuai adalah melalui laman ini. Saya memohon kepada Allah swt agar Dato Seri Anwar Ibrahim kembali sihat dan dilindungi sepanjang masa. Saya juga berharap agar Dato Seri Anwar Ibrahim teruskan perjuangan dan Insyallah Allah bersama orang yang benar.

Saudara-saudari sekelian, Sebagai Mufti Negeri Perlis saya mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram kita mengundi BN sebab mereka adalah golongan yang zalim.Marilah sama-sama kita menjatuhkan kerajaan BN dan menegakan keadilan. Sokonglah Barisan Alternatif. Akhirkata renungilah Sabda Rasullah saw yang bermaksud "Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap kaum Muslimin ia bukan dari kalangan mereka".

Sekian wasallam. Tuan Haji Dato Mat Jaya b. Hj Husein Jabatan Mufti Negeri Perlis Komplex Islam 0100 KANGAR Perlis Indera Kayangan Tel 049765604


Last changed: September 14, 1999